VLM©POWER50 PENJANA INCOME PALING STABIL PASCA COVID-19

Terma & Syarat

1. Persetujuan Affiliate Dan Ahli Berdaftar.

a) ~ Anda mendaftar di Portal VLM Power50 ini adalah di atas Kerelaan Anda Sendiri. Anda sertai VLM Power50 secara individu. Anda Tidak Dipaksa oleh sesiapa untuk mendaftar. Anda Tidak mengaitkan Individu lain dengan penyertaan anda. Segala Keuntungan / Kerugian hasil pendaftaran anda adalah menjadi tanggungan anda sendiri dan tidak melibatkan VLM Power50 atau Individu lain.

b) ~ Dengan menyertai sebagai ahli di portal www.viral.lejenmaster.com sebagai Ahli Berdaftar atau sebagai Ahli Vip anda automatik tertakluk kepada Terma & Syarat Ini dan Akur dengan Semua Terma & Syarat ini.

c) ~ Ahli tak boleh mendaftarkan orang lain tanpa persetujuan Tuan Empunya Diri.

d) ~ Anda Mendaftar Dengan Menggunakan Nama Yang Tertera Di Kad Pengenalan Dan Di Akaun Bank Anda. Anda Tidak Mendaftar menggunakan Nama Samaran. Kesulitan Akan Timbul Semasa Pembayaran Komisen Ke Akaun Bank Bila Nama Yang Anda Daftarkan Tidak Sama Dengan Nama Di Akaun Bank.

e) ~ Pin yang telah dijual / digunakan tak boleh di pulangkan / tuntut kembali. ( Not Returnable )

f) ~ Sila Pastikan No. Fon yang didaftarkan ada wassap supaya tidak timbul kesulitan untuk dihubungi. Sila install applikasi whatsapps dulu sebelum mendaftar.

#  AHLI BERDAFTAR TERBAHAGI KEPADA 2 KATEGORI:

~ 1) Ahli Percuma atau Ahli Free ( Ahli Berdaftar Yang Tiada Membuat Bayaran ) Tidak Layak Sebarang Komisen Insentif. Boleh Mengiklan secara Percuma bagi Had / Tempoh Masa yang ditetapkan oleh Admin Dari Masa ke semasa. Tertakluk Terma & Syarat.

~ 2) Ahli Berbayar atau Ahli VIP ( Ahli Affiliate) ( Ahli Berdaftar Yang Membuat Bayaran RM50.00 Sahaja) Layak Terima Komisen Insentif. Boleh Mengiklan Tanpa Had / Tempoh Masa. Tertakluk Terma & Syarat.

~  Anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan memahami terma dan syarat ini. Anda juga Mesti Bersetuju bahawa anda bertanggung-jawab untuk mematuhi setiap terma dan syarat.

#  Produk di www.viral.lejenmaster.com adalah:

1) Hak Untuk Mengiklan Di Portal Iklan.

2) Hak Untuk Mengakses Kepada Sistem Affiliate Komuniti.

2. Tanggungjawab Affiliate Dan Ahli Berdaftar.

1) - Anda Tidak boleh mempromosikan produk, servis atau aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang Malaysia di portal iklan ini.

2) - Anda Membuat promosi secara berhemah dan tidak menyalahi terma dan syarat dalam menggalakkan orang menyertai program Affiliate di bawah id anda.

3) - Anda Tidak boleh melakukan sebarang bentuk penipuan bagi mendapatkan ganjaran atau memanupulasi komisen ahli² dlm networking.

4) ~ Tidak boleh mengaitkan VLM Power50 dengan sebarang program lain yang anda ceburi. Tidak Boleh menjadikan VLM Power50 Batu Loncatan untuk program lain.

5) - Anda Dilarang memutarbelitkan sebarang maklumat tentang promosi / aktiviti Viral.lejenmaster.com

6) - Anda Dilarang melakukan provokasi, tohmahan atau fitnah terhadap Affilate lain atau pihak Viral.lejenmaster.com untuk tujuan tertentu.

7) - Affiliate bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi semua terma dan syarat, harta intelek dan undang-undang lain yang berkaitan.

8) - Pihak Viral.lejenmaster.com tidak akan bertanggungjawab jika anda menggunakan bahan hakcipta orang lain atau harta intelek lain yang melanggar undang-undang atau mana-mana hak pihak ketiga.

9) - Anda bertanggung jawab sepenuhnya keatas segala posting dan iklan anda.

3. Hak dan Tanggungjawab:

1) ~ Viral.lejenmaster.com berhak untuk menamatkan penyertaan affiliate anda dalam Program Affiliate Viral.lejenmaster.com (VLM Power50) serta-merta dan tanpa notis sekiranya anda didapati melakukan sebarang bentuk penipuan, tohmahan, fitnah dalam penggunaan Program Affiliate Viral.lejenmaster.com, atau jika anda menyalah-gunakan Program VLM Power50 untuk apa juga tujuan lain.

2) ~ Jika penipuan dikesan, kami tidak bertanggung-jawab ke atas pembatalan bayaran sebarang komisen yang dikumpul daripada penipuan tersebut.

4. Penamatan:

1) ~ Penamatan boleh dilakukan Oleh Pihak Viral.lejenmaster.com, pada BILA-BILA MASA, dengan / tanpa memberikan notis.

2) ~ Notis boleh diberi dalam bentuk emel, whatsapp, SMS atau pada Ruang Berita di website.

3) ~ Keahlian boleh ditamatkan dengan serta merta jika affiliate melanggar terma dan syarat program ini.

4) ~ Bayaran RM50 yang dibayar adalah sebagai Yuran Keahlian dan Hak Untuk Mengiklan serta Hak Untuk Mengakses Sistem Komuniti dan tidak akan dikembalikan.

5) ~ Jika bayaran yang telah dibuat dimintak kembali sebelum akaun diaktifkan, Bayaran tersebut boleh di kembalikan atas budi-bicara Admin dan akaun pendaftaran akan terdelete sebab pemulangan wang tersebut.

5. Pengubahsuaian:

1) ~ Kami berhak mengubah mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara tanpa memberikan apa-apa notis..

2) ~ Pengubahsuaian Termasuk Perubahan dalam Sistem Komisen, Prosedur Pembayaran dan Peraturan Program Affiliate Viral.lejenmaster.com.

6. Pembayaran Komisen:

1) ~ Pembayaran komisyen kepada Affiliate berdasarkan baki jumlah terkini yang anda pohon di dalam Cash Wallet Anda. Anda boleh withdraw sehari sekali pada bila² masa tertakluk jumlah minima yang mencukupi RM50.00. Setiap pengeluaran di kenakan caj pengurusan 5%.

7. Akses Kepada Kawasan Affiliate (Member Area) VLM Power50:

1) ~ Anda akan diberi kata laluan supaya dapat mengakses ke akaun affiliate anda. ~ Anda boleh mendapatkan laporan serta pengiraan komisen yang akan dibayar kepada anda.

8. Admin Boleh Menutup Laman Web Tanpa Memberikan Sebab:

1) ~ Admin Boleh Menutup Laman Web Dengan Memberi Notis Menerusi Pembetitahuan Di Website. Menerusi Berita Terkini.

2) ~ Segala Bonus Mestilah dituntut sebelum penutupan web.

3) ~ Segala tuntutan selepas web ditutup adalah terbatal dengan sendirinya dan tidak akan dilayan.

9. Syarat Khusus Untuk Chief Master Trader / Master Trader / Trader / Vip:

1) ~ Master Trader Boleh Beli Pin Dari Chief Master Trader Mana Kala Trader Boleh Beli Pin Dari Master Trader Dan Ahli Berdaftar Yang Telah Aktif Vip Boleh Beli Pin Dari Trader Atau Master Trader Atau Chief Master Trader.

2) ~ Hanya Chief Master Trader Boleh Beli Pin Dari Admin.

3) ~ Pin Adalah Dalam Bentuk Digital. Pin Yang Telah Dibeli Dan Telah DiTransfer Ke akaun Pembeli Adalah Muktamat. Pin Yang Telah DiTransfer Tidak Boleh Dipulangkan Kembali Kepada Admin. 

4) ~ Kegunaan Pin Hanyalah Untuk Mengaktifkan Keahlian Percuma Menjadi Keahlian Berbayar Atau VIP.

10) ANDA BOLEH MEMBUAT RAYUAN KEPADA ADMIN MENERUSI CHIEF MASTER TRADER DAN KEPUTUSAN ADMIN ADALAH MUKTAMAD. 

11) Penafian / Disclaimers

Segala apa yang dipaparkan dalam web ini adalah simulasi sahaja. Pendapatan anda mungkin berbeza. Kurang atau  lebih atau tiada bergantung pada usaha anda sendiri. Kami tidak menjamin atau menjanjikan apa-apa income. Kami hanya menyediakan Sistem Affiliate / Ruangan Tapak Iklan untuk anda berniaga. Hasilnya adalah bergantung kepada Usaha Anda Sendiri.

12) Dengan Mendaftar Anda Bersetuju & Akur Dengan Semua Terma & Syarat Ini.